Peraturan-Peraturan Larian
1. Permulaan
- Setiap peserta akan ditentukan lorong masing2 mengikut undian.
- Pelari yang diletakkan di lorong pertama dianggap paling baik, kerana dia dapat meiha setiap pergerakan yang dilakukan oleh peserta lain memandangkan kedudukan mereka adalah di hadapan mengikut lorong.
- Apabila mereka melepasi 100m pertama, mereka akan memotong masuk ke lorong pertama.
- Di sini pelari yang berada di lorong paling luar perlu memotong masuk mengikut satu garisan lurus.
2. Pakaian
- Dalam acara 800m, pelari boleh bertanding sama ada memakai kasut(spikes) atau tidak memakai kasut.
- Namun begitu berlari dengan memakai kasut adalah lebih baik kerana ia dapat memberi cengkaman yang kuat pada trek.
- Baju dan seluar yang dipakai mestilah ringan dan tidak serap air supaya tidak wujud halangan ketika berlari.
- Peralatan lain yang diperlukan ialah pistol untuk melepaskan pelari dan alat perakam waktu untuk mencatat masa.
- Blok permulaan tidak diperlukan kerana pelari dilepaskan dalam keadaan berdiri.
- Pakaian mesti bersih dan tidak lutsinar serta tidak menjolok mata apabila pakaian peserta basah.
- Jika pakaian tidak senonoh, maka pelari itu boleh dibatalkan penyertaannya.
- Nombor mesti dilekatkan pada baju dan selurnya supaya merek senang dikenal pasti oleh pengadil.
- Kasut yang dipakai mestilah mengikut spesifikasi antarabangsa yang telah ditentukan.
- Setiap kasut hanya dibenarkan menggunakan sejumlah 6 paku dengan panjangnya tidak melebihi 25mm dengan diameter paku tidak boleh melebihi 4mm.
- Ini penting untuk mengelakkan diri semasa peserta menggunakan kasut untuk tujuan lain.
No comments:
Post a Comment